Tak Perlu Modal, Tak Perlu Stok – Jana Pendapatan Dari Rumah Bersama SuriBOSS
Sertai Program SuriBOSS dan mulakan perjalanan anda sebagai usahawan digital. Belajar jana pendapatan dari rumah hanya dengan telefon pintar, dibimbing oleh mentor berpengalaman.
															Seiring dengan usaha memperkasa wanita asnaf dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial, Usanita Sdn. Bhd. dengan kerjasama Maybank Islamic telah mewujudkan SuriBOSS, sebuah program pembangunan keusahawanan digital yang ditaja sepenuhnya khusus untuk wanita asnaf di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Program ini memberi peluang kepada suri rumah, wanita tidak bekerja dan anak perempuan asnaf untuk menjana pendapatan sendiri dari rumah melalui platform e-dagang.
SuriBOSS direka khas untuk membantu peserta menguasai ilmu kemahiran pemasaran digital dan keusahawanan secara praktikal, dengan fokus kepada model perniagaan affiliate di TikTok Shop dan Shopee yang tidak memerlukan modal, hanya telefon pintar dan capaian internet.
Peserta akan melalui 12 modul pembelajaran termasuk bengkel fizikal selama 20 hari dalam tempoh 5 bulan, diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, dua minggu sekali. Sepanjang kelas fizikal, penginapan hotel serta makan dan minum turut ditaja sepenuhnya untuk keselesaan peserta. Selepas itu, peserta akan meneruskan 5 bulan pemantauan dan bimbingan dalam talian. Program ini bukan sahaja membekalkan ilmu, tetapi juga memastikan peserta dapat menjana pendapatan minimum RM300 sebulan serta mencapai simpanan pertama sebanyak RM1,000 menjelang tamat program.
Dibimbing oleh mentor berpengalaman dalam digital marketing, pembangunan jenama dan pembangunan insan, SuriBOSS menekankan peningkatan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, kreativiti dalam penghasilan kandungan dan disiplin dalam pengurusan perniagaan. Peserta juga akan disokong melalui komuniti SuriBOSS yang saling membantu dan membina rangkaian usahawan wanita yang kukuh dan berdaya saing.
Roadmap Program
															Kelas Fizikal
Setiap peserta perlu melengkapkan 20 hari kelas fizikal yang akan dijalankan selama 2 hari setiap 2 minggu dalam tempoh 5 bulan. Peserta wajib menamatkan kesemua 12 modul untuk kelayakan graduasi dan meneruskan ke bahagian 2 yang akan dijalankan sepenuhnya secara 'online'.
															Kelas Online
Untuk tempoh 5 bulan berikutnya, peserta akan dipantau secara 'online'. Peserta perlu menghantar kemajuan mereka melalui platform 'online' serta menghadiri kelas 'online' bagi memastikan mereka terus mendapat pendedahan kepada teknologi pemasaran terkini.
															Graduasi
Peserta wajib menamatkan modul ke-12 untuk melengkapkan program. Mereka akan menerima sijil kehadiran pada hari graduasi.
Syarat & Kelayakan Peserta
															Mempunyai Akaun Maybank
															Dari Kumpulan Asnaf
															Berumur 18 - 45 tahun
															Warganegara Malaysia
															Miliki laptop / telefon pintar
															Mempunyai Akaun Affiliate Shopee/Tiktok
															Sanggup beri komitmen penuh
ALIRAN PROSES PENYARINGAN PESERTA
Pemilihan Peserta
USANITA akan menyenaraikan usahawan asnaf yang telah berdaftar.
Temuduga
USANITA akan menjalankan sesi temuduga untuk calon peserta SuriBOSS.
Pengesahan
Nama calon yang terpilih akan dihantar ke Pusat Zakat Negeri untuk pengesahan status asnaf.
Penyerahan Maklumat
Semua butiran peserta akan dihantar kepada Maybank untuk kelulusan.
Pemberitahuan kepada Peserta
Peserta yang berjaya akan menerima notifikasi mengenai program (terma & syarat, jadual, dan lain-lain).
Program SuriBOSS Bermula
5 bulan kelas fizikal (Sabtu & Ahad) dan 5 bulan pemantauan secara online
Tenaga Pengajar
															Saadiah Ibrahim
Pn. Saadiah Binti Ibrahim ialah usahawan dan jurulatih HRD Corp yang berpengalaman dalam pemasaran digital, penjenamaan dan pembangunan insan. Beliau merupakan Pengarah Urusan Bigwealthy Global Sdn. Bhd. serta pengasas jenama GLAMISS, MYRATU dan Comel Cakes.
Sejak 2010, beliau aktif memperkasa wanita melalui kelas kemahiran seperti dekorasi kek, jualan dalam talian, penjenamaan dan pemasaran digital. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Kelab Wanita Ikon Johor dan Timbalan Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia.
Hingga kini, Pn. Saadiah telah membantu lebih 1,000 wanita termasuk ibu tunggal dan suri rumah meningkatkan kemahiran digital serta menjana pendapatan melalui pelbagai program seperti Transformasi Wanita Digital (TWD) dan Transformasi Ekonomi Wanita (TEW/TEW2.0) bersama Maybank Islamic dan KPWKM. Fokus utama beliau ialah meningkatkan keyakinan diri wanita dengan ilmu, kemahiran dan peluang pendapatan.
															Nurul ‘Ain Abdul Rahim
Pn. Nurul ‘Ain Binti Abdul Rahim ialah usahawan IT, Jurulatih Bertauliah HRD Corp, dan pembangun web dengan 27 tahun pengalaman dalam reka bentuk grafik, pengaturcaraan serta pembangunan laman web. Beliau telah membangunkan lebih 300 laman e-dagang untuk membantu PKS membina kehadiran digital, menarik pelanggan dan meningkatkan jualan.
Dengan kepakaran dalam penjenamaan, pemasaran digital dan automasi, beliau menawarkan strategi praktikal bagi memudahkan pemilik perniagaan mengurus serta mengembangkan perniagaan dengan lebih berkesan.
Sebagai jurulatih HRD Corp, Ain bersemangat memperkasa usahawan wanita dalam ekonomi digital dengan kemahiran pembangunan laman web, pemasaran digital dan automasi untuk mengukuhkan jenama serta prestasi perniagaan. Komited pada sokongan berterusan dan latihan berfokus hasil, misinya ialah membantu wanita usahawan menonjol dan berjaya secara mampan dalam pasaran kompetitif hari ini.
															Noraishah Tokiran
Pn. Noraishah Tokiran ialah Jurulatih Bertauliah HRD Corp dalam Perundingan Kecantikan dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan, pentadbiran dan keusahawanan. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1989 bersama Kayla Beverly Hills sebelum membuka salonnya sendiri di Damansara Utama, menggabungkan kemahiran teknikal dengan pemahaman mendalam tentang imej diri dan penjenamaan.
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang kesetiausahaan dan pengurusan, seterusnya memegang jawatan pentadbiran dan kepimpinan termasuk sebagai Pengurus Admin & HR di sebuah syarikat paip serta Pengarah di Bellini Resources (M) Sdn. Bhd.
Aktif dalam pembangunan komuniti, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Kelab Wanita Ikon Malaysia sejak 2015 dan dilantik sebagai Bendahari Agung pada 2022. Dengan minat mendalam memperkasa wanita, beliau memberi latihan berfokus kepada penjenamaan peribadi, keyakinan diri dan kesediaan berbisnes.
Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Bimbingan SuriBOSS
Tempat TERHAD hanya untuk 36 peserta. Jangan lepaskan peluang untuk ubah hidup anda dan sertai komuniti SuriBOSS.
Tarikh tutup pendaftaran: 15 Oktober 2025
Tempat TERHAD hanya untuk 36 peserta. Jangan lepaskan peluang untuk ubah hidup anda dan sertai komuniti SuriBOSS.
Tarikh tutup pendaftaran:
15 Oktober 2025